May 7, 2010

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 29 April 2010

Malaysian news

Sehingga jam 8:00 pagi pada 29 April 2010,
·    Kementerian telah menerima sejumlah tiga (3) laporan kejadian kluster ILI daripada dua (2) buah negeri.
Sehingga jam 5:30 petang pada 28 April 2010,
·    80 kes disahkan influenza A(H1N1) dilaporkan.
·    Kes terkumpul adalah 13,602.
·    Kes ILI yang masih dirawat di dalam wad adalah sebanyak 540 kes;
- 55 kes (10.2%) telah disahkan positif influenza A(H1N1).
- Bilangan yang dirawat di ICU adalah sembilan (9) kes di mana lapan (8)    daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko.

Kementerian Kesihatan juga telah menerima dua (2) laporan kematian H1N1 pada hari ini. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) kes kematian sahaja yang disebabkan oleh jangkitan virus influenza A(H1N1). Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini ialah 81 orang.

Dua kematian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

·    Seorang wanita berumur 61 tahun dengan beberapa faktor risiko iaitu:-
- penyakit jantung (Ischaemic Heart Disease), 
- diabetes mellitus dan hypertension. 

Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 23 April 2010 setelah mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 24 April 2010.  Hasil perbincangan pakar-pakar telah mengesahkan bahawa penyebab kematian ialah akibat jangkitan virus influenza A(H1N1).

·    Seorang lelaki berumur 46 tahun dengan faktor-faktor risiko:-
-    penyakit jantung (dilated cardiomyopathy) dan
-    hypertension.

Mangsa telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganupada 22 April 2010 dan meninggal dunia pada 23 April 2010. Walaupun kes ini disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, hasil laporan pakar-pakar dan keputusan ujian darah mengesahkan bahawa penyebab kematian ialah komplikasi akibat radang paru-paru dan sepsis oleh jangkitan bakteria dan bukan disebabkan oleh virus H1N1 secara langsung.


Kementerian ingin menarik perhatian orang ramai bahawa majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti
·    asma,
·    diabetes,
·    penyakit buah pinggang,
·    penyakit jantung,
·    penyakit paru-paru,
·    ibu mengandung dan
·    kegemukkan (morbid obesity). 

Mereka ini mudah mengalami komplikasi penyakit sedia ada atau jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan sepsis dan boleh membawa maut.  Oleh itu, Kementerian Kesihatan ingin menggesa orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti di atas, supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara.

Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

0 comments:

  © Blogger template 'A Click Apart' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP